20 December 2011

satu minit


Ya,kita hanya mampu merancang tapi Tuhan maha menentukan segalanya....

Terlalu perit kenyataan yang aku terima..
biar lah menjadi rahsia hati ku..
kisah aku & dia...
penantian hanya tinggal kata-kata...
sebab kau bodoh..
kau bodoh...
kau terlalu lurus..
terlalu mudah percaya..
kau tak sedar diri...
kau terlalu hamba...


Tapi kenyataan tetap aku percaya..
kerana cinta,
manusia seperti aku tetap akan jadi bodoh,
tetap akan jadi lurus,
tetap akan jadi buta,
tetap akan jadi tidak sedar diri,
tetap akan jadi hamba...
kerana cinta memang buat aku jadi semua tu...

Aku bersalah pada perasaan sendiri,
aku yang menyakiti hatiku sendiri,
kerna aku yang pilih jalan ini..

Belajar ucap Selamat Tinggal..
tiada guna merayu pada yang 
tak menghargai diri aku..
pada yang mengkhianati cinta aku...
ya.selamat tinggal..!

ucapan yang mudah tapi cukup tinggalkan 
isi makna yang kau perlu faham...
sampai masa aku akan luahkan...

Tapi,cukup satu minit untuk aku pandang anak mata kau...
segalanya akan ku luahkan dari pandangan aku..
aku tak pernah main-main dengan kau..
bagi aku peluang itu..
aku nak kau tahu..
aku tunggu satu minit itu..
bukan minit untuk aku merayu,
cuma aku nak kau tahu tentang perasaan aku..


cukup kau bayar penantian aku selama ini..
aku cuma minta seminit untuk setahun lebih aku tunggu kau..
satu minit...


23 October 2011

community time

 
:: salam ::
dah lama cik teen menyepi kan..??
teramat sibuk dengan practical community..
alhamdulillah sudah  hampir ke penghujung dah...

terlalu banyak pengalaman yang dapat cik teen kutip dan simpan
selama berada di health site....
tak ternilai...

mudah cik teen simpulkan :
cik teen belajar dengan lebih dekat untuk memahami tentang keluarga..
tentang keperluan keluarga...
tentang jagaan anak-anak...
tentang perkembangan kanak-kanak....
insyaalah cik teen semakin bersedia..hehehehe...:))

teramat minat ngan mini...!!

saya memang sukakan kanak-kanak..!

saya ajar beby ni hisap tangan...hehe


tangan saya jadi mangsa POP...berat tau..!


ni je sempat di upload.....tenet cam siput vavi...!!! geram betol...

::bubye::


06 September 2011

aku & kau

aku & kau

lohong itu jauh tetapi aku gagahi...kerna kau di penghujung

cukup untuk aku katakan
aku bahgia dengan kehadiran kau lelaki...
walau kadang-kadang hati aku disakiti...

sebab tu,
aku tak pernah berputus asa...
aku tetap menunggu hati kau untuk aku....
satu-satunya hanya untuk aku..
tetap utuh hanya buat aku seorang..
sepenuhnya hanya aku...

manusia beku bertaruh rasa hati kerna terlalu ingin memiliki

aku percaya,
saat itu akan hadir untuk aku & kau..
aluti segala kegusaran hati ini..
padamkan sisa-sisa amarah...
meninggal jauh kesakitan..
menimbus kepedihan..

betapa aku ingin kau merasakan
kau begitu bermakna untukku...
kau lah raja dihatiku..
walau sekelumit aku tak ingin kau disakiti..
benar-benar kau rasa istimewa disampingku..
hayatku,
hanya akan ku dedikasikan buatmu..
berikan peluang untuk aku 
membahgiakan kau...
mencintai kau..
menjaga kau sepanjang hayat...

rebah manusia ini bangkit semula kerna kau lelaki

terakhir,
hargailah disaat hati ini masih memujamu...
hargailah kasih sayang yang tercipta untukmu ini..
hargailah kesetiaan yang tiada banding ini...
hargailah penantian untuk kau selama ini...
hargailah kewujudan aku di hayat kau...

aku mahu tenang bersama kau...
itu saja....
ertinya,kewujudan hanya aku & kau..
ruang bersemadi hanya diisi antara kita...
fokusnya,
hanya aku & kau

tenang : aku cintakan kau..
:) :) :) :)

meNgom..!


Aku bosan...!
apa aku kisah walau nampak buruk..hahahaha..!
yang penting aku gembira...:))


haPpY eId '11


SALAM LEBARAN'11




sesungguhnya raya kali ini lebih bermakna disamping keluarga tersayang...

benar,
ikatan kekeluargaan amat penting..
susah senang hanya keluarga disisi..
baik buruk hanya keluarga yang mnerima diri kita seadanya....
ya..aku belajar tentang ini semua...

tentang aku,
yang dilahirkan sebagai anak tunggal...
tanpa abang,tanpa kakak,tanpa adik..
hanya aku seorang diri...
hanya punya abah dan umi tersayang..

jujur,
anak tunggal kehidupan memang sunyi...
sepi..
gembira melihat keluarga yang besar...
yang mampu berkongsi bersama adik beradik..
berkongsi cerita..
berkongsi masalah..
berkongsi makan..
berkongsi pendapat..
berkongsi pakaian...

tapi,
aku bersyukur punya sepupu yang saling tak tumpah seperti adik beradik aku sendiri...
bersama mereka aku berkongsi cerita,
berkongsi masalah,
berkongsi makanan,
berkongsi pakaian,
saling bergelak tawa,
saling bertanya khabar...
ya..aku bertuah punya mereka sekalian...
dikelilingi anak buah yang comel & berbagai ragam...
raya aku begitu bermakna...
rona-roni terisi padat...
terima kasih kalian...

abg is & kakak zara..pandai bergaya

bersama suhada...sayang dia :))

bersama umi tersayang :))

adik miman & kakak zara..mereka comel..!

adik miman kobis
~~SALAM~~

haRi dEmI hAri



terlalu mengharapkan manusia beku dilimpahi kebahgiaan

Hari demi hari
------------------
antara aku dan kau..
ya,masih kosong...
rasa kosong yang senangtiasa menerjah...
tersenyum kaku aku pancarkan...
tapi hati bersisa kepedihan...

aku dapat rasakan jiwa kau tak sepenuhnya buat aku...
maaf,
bukan bermaksud untuk memaksa...
hatta,membuat kau rimas..
tapi aku benar-benar mahu kenyakinan...

aku terlalu sayangkan kau..
aku takut kehilangan kau.....
aku takut aku sepi tanpa kau..
aku takut impian aku berderai..
aku takut aku tersadai..
aku takut aku tersungkur...
aku takut aku rebah...

mampu berdiri kerana cinta kau tetap bersama


kau tawarkan kebahgiaan,
kau tawarkan kegembiraan,
kau tawarkan segunung impian,
kau tawarkan keindahan,
kau tawarkan cahaya ,
segala-galanya kau buat aku indah...!

kehadiran kau,
membuat aku menjerit..
membuat aku tertawa..
membuat aku tersenyum..
membuat aku bahgia...
mebuat aku menangis..
membuat aku lemah...
walau 1 nano saat selepas mengenali.....

untuk kau,
jangan kau tinggalkan bahgia..
tertutup rapat ruang menjahit derita dulu..
telah aku tanam rasa kelukaan...
erti penyesalan yang tak akan menerjah hati ini..
kerna...
aku tetap menunggu kau...


cik aten : rasakan perjalanan masa terlalu lambat....tertunggu-tunggu saat janji itu terpatri.....

i love u

~SALAM~

24 August 2011

k.a.u



B.e.r.s.a.m.a
:))

itu janji aku pada kau...

~SALAM~

p.en.a.n.g mai..!


update gambar dulu 
sementara bb tengah sporting..:))


















sPeeL-It-RigHt


hAllooo...!
toink..!tOiinnnkk...!
siHAt kah??
hari ni dah hari ke18 berpUasa...
kejap je kan...??


-------------------------------

baru-baru ni,
cik aten masuk competition speel it right..:))
gelabah..!
wakil untuk batch cik aten terdiri dari
nina..maya..cik aten....

Alhamdulillah....we are winner..!
study pon last minute...
by the way..im so proud with my luvly classmates..!
sokongan tak henti-henti...
ya,kami nak buka mata mereka-mereka....:))

malas nak merepek panjang-panjang...
nah..!

maya..aten..nina..


~SALAM~

14 August 2011

kaU pErLu tAhu...



untuk kau aie...

aku tetap untuk kau

untuk kau..
banyak kau perlu tahu...
terlalu banyak yang kau tak tahu...

maaf..
ye maafkan aku...
aku selalu marah-marah kau..
marah tak tentu hala..
marah tak kira masa..
marah tak bertempat...
serba tak kena...
maafkan aku...

maaf..
aku banyak sangsi tentang kau..
aku selalu tak percaya kau...
aku selalu fikir bukan-bukan...
aku selalu buat kau pening.
aku selalu buat kau tension...
aku selalu angin tak pasal
maafkan aku..

tapi kau tahu tak kenapa???
pernah kau fikir kenapa??
pernah kau tanya kenapa??

tiada kata mampu ganti kau tetap aku mahu

sebab....
aku terlalu takut kehilangan kau..
aku terlalu cemburu..
aku terlalu risau...

sebab...
aku nak kau hanya ada aku..
kau hanya rindu aku...
kau hanya inginkan aku...
kau hanya ingat tentang aku...
kau hanya mencari aku..
kau hanya perlukan aku..

sebab...
kau terlalu indah untuk aku
aku hanya nak kau bersama aku..
aku nak kau tunaikan janji kau..
aku nak kau hadir untuk aku...

susah senang kau akan tetap aku disisi kau

sebab...
aku nak kau jaga aku..
aku nak kau lindungi aku..
aku nak kau disisi aku...
aku nak kau bimbing aku...
aku nak kau sebagai semangat aku...

sebab...
aku nak jaga kau saat kau sakit..
aku nak tunggu kau disisi..
aku nak temankan kau...
aku nak berada disisi kau...
hingga nafas terakhir...

aku EGO...tapi hati aku lemah tanpa kau

aku tak nak....
kau tipu aku..
kau mainkan hati aku..
kau tipu keluarga aku..
kau sia-siakan masa aku..
kau tinggal aku..
kau duakan aku..
kau kecewakan aku..
kau bodohkan aku..
aku tak nak semua tu..

aku nak...
kau faham apa aku nak..
kau sayang aku..
kau utamakan aku..
kau hanya ada aku..
kau pentingkan aku..
kau ingat aku..
kau tunaikan janji kau..
kau tak kan buat apa yang aku marah..


aku percaya waktu itu akan datang untuk aku


.kau pegang kata-kata aku,
aku akan tetap tunggu kau..
aku akan tetap doakan yang terbaik
untuk aku dan kau...
aku tunggu december.......
pegang erat tanganku..bawa aku bersama kau...

-SALAM-
aieTeen

08 August 2011

hAdiAh gUa..!

 hiPokrit...!!!!!!!!!

ni apa????
lelaki..!
perempuan..!







****memang menyemakkan blog aku tapi jgn ingat aku bodoh lagi..!


BeRsAmA aGaR bAhGia


Alhamdulillah…hari ni dah hari ke-8 berpuasa..
Seronok..!
Semakin hampir untuk pulang ke rumah..!

-----------------------------

 

Ah, manusia beku ini tak selalu bahgia..
Ya,segumpal darah ini sering dihadiahkan kesakitan…
Rakus kesakitan itu membaham hati ini…
Tergamak..!

Entri itu..entri itu gaya penulisan aku..
Ketawa sinis aku melihatnya…
Apa kau tak punya cara sendiri kah..?
Mula nak bertateh agaknya monolog sendirian..
Kesian…

Menghirup milo panas bahgia..
Hamparkan badan di tilam kesenangan..
Menyuap biji nasi kekenyangan..
Berbicara memecah sunyi tersenyum..
Tapi…manusia beku ini tetap kosong..!

sengaja mahu pendam agar tiada yang terluka..
berkali guna perkataan itu jadikan alasan..
bermain bergembira dengan perkataan itu kerna takut hilang bahgia?

pernah kah terfikir manusia sangat aneh?
mereka tak pernah menghargai kewujudan didepan mata..
masih mengejar sesuatu yang belum pasti miliknya..
janji?
sesiapa pandai berjanji..
keanehan tentang manusia adalah diri aku sendiri..
sedar,diri ini terlalu rapuh..
sentiasa terpalit kedukaan..
tapi masih tegar mencari kebahgiaan sendiri..


metafora kesedihan yang tidak difahami manusia sekeliling


aku : ya,dia masih bersama perempuan itu..
kawan : apakah ?
aku : ya,mereka masih bersama
kawan : apa kegilaan kau melebihi fikiran normal? masih bernada tenang?
aku : apa aku mampu lakukan,dia masih berkeras..
kawan : apa kau sudah berpisah?
aku : belum
kawan : kau gila..! apa kau tidak kisah?
aku : aku masih berpegang pada janjinya..kau tahu impian aku bukan?
kawan : tapi dia mungkir janji..
aku : maksud kau?
kawan : mana mungkin bersama dua hati dalam satu masa? apa kan jadi masa itu tiba nanti?
aku : aku cuma mahu dia bahgia..
kawan : walau kau terluka?
aku : aku tetap disisinya..walau apa terjadi..
kawan : dia mungkir janji sebenarnya..
aku : aku tak kisah sebab dia masih ada bersama aku
kawan : sampai bila?
aku : sampai saat itu tiba..
kawan : kau akan tetap menunggu?
aku : ya..!aku akan tetap menunggu..
kawan : kau menyeksa hati kau..
aku : asalkan masa itu tiba..aku sabar..


ironi hati gadis : ia hakikat hidup tak selalunya indah...ia realiti cinta tak semestinya memiliki..



Lelaki,
manusia aneh ini sedar..tahu..
kau manusia yang punya hati..
cuma masih menyakitkan benak hati ini..
mengapa terlalu sukar kau memberi keputusan?
berkali aku sampaikan
tinggalkan aku jika kau tak mampu tinggalkannya...
ada kau fahami hati ini?
terlalu sakit..sakit yang teramat..

Lelaki,
aku menghitung hari..
hari demi hari untuk janji itu terpatri..
aku jalani lohong berliku..
tamatkan lah kesakitan ini lelaki..
bawa lah aku pada fantasi realiti..
jiwa ini mahu tenang..
itu sahaja..TENANG..


~SALAM~





06 August 2011

L.o.h.o.n.g G.e.l.a.p


Haiihhhh....mengeluh panjang...
tiap-tiap hari berdepan benda menyerabutkan halwa telinga gua...
''dah berpunya tapi belagak tak berpunya''

-------------

kadang-kadang lagi pelik lagi hairan aku fikiran manusia yang tak tahu menghargai ni..
jiwa-jiwa manusia sebegini kosong dengan pengisian makna sebenar cinta..
apa kau tahu manusia kesetiaan itu??
tiada lagsung dalam kotak fikiran kau untuk menghargai ya??

kau bertuah sahabat..
memiliki seseorang yang mencintai kau seadaanya
menyayangi kau sepenuhnya...
kau berada dalam pelukan hatinya sahabat..
sedangkan manusia seperti aku masih mencari cinta..
yang masih berduka tentang cinta..
yang masih dicanang oleh cinta..

walau terbentang air lautan belum mampu untuk aku pancarkan betapa hati aku dilapah-lapah..
aku mengharap pada banyangan gelap gelita..
yang penghujungnya masih terlalu gelap..
langsung tak pernah ku dapat sisipkan jawapannya..

lelaki..aku benar-benar percaya pada janji-janji kau..
betapa aku percaya & mengharapkan kebahgiaan adalah milikku...
pernahkah kau menyelami hati ini sedalam-dalamnya??
pernah kah kau ingin tahu walau secebis perasaan yang ku pendam..

selamat tinggal jiwa yang mengkhianati

manusia beku ini sering terpaku..
terpaku kearah ruang-ruang gelap..
cahaya yang samar menghala kegelapan..
hampa...benar-benar hampa pada kau lelaki..

baru sebentar dunia cerah disaluti cinta kau..
tapi kau kejam...
pantas kau kikis demi satu persatu..
hatiku..dialuti darah...

kenapa kau bawa dia menerjah di kala aku meratap kebahgiaan?
terpadam cahaya-cahaya itu...
hanya hadir lohong-lohong gelap
aku jengah ke dalam..
ada rasa perasaan kelam..
manusia beku ini sering terpinga...

akan aku terus melangkah...
meredah lohong hitam dalam kamar kesepian...
tapi..gengaman itu pasti tiada lagi...
ikhlas..ya..aku ikhlas...betapa aku hampa..
bibir terjuih..kecewa...



hati che aten : gelap angan-angan itu..maafkan ku..aku benar-benar terluka...


04 August 2011

kePeliKan gUa :)


hYe...!!!
bila aku makan je mesti aku sendiri rasa kejahilan aku terhadap makanan..
siyes..! cara aku makan sumpah membazir..!
tak baik membazir..
amalan kaum-kaum SYAITAN bai..!

boleh kira dengan kalkulator berapa banyak kali aku boleh 
siapkan sesi melantak dengan pinggan yang kosong..;))

paling aku tak pandai nak makan dengan sempurna
iaitu IKAN...
memang failed..!
last-last aku sendiri kesian tengok ikan-ikan tuu..:((
maafkan aku cik Ikan yang dah jadi mangsa kerakusan aku..hohohoiii..!

Tapi antara favourite aku ikan ni..
nak-nak ikan bakar cicah air asam..
mak selera nyahhh..!
(♥_♥)
jom usha sikit mangsa aku kali ni...
------
Butir peribadi
nama : ikan baju besi @ terubok
umur : 5bulan 2hari
berat : 500gram
panjang : 15cm
tarikh lahir : 12 feb 2011
tarikh wafat : 3 ogos 2011

terseksa tengok ikan nie...:((


mulut che aten : ikan kaya dengan protein..baik untuk pembetukan tisu-tisu baru

~~SALAM~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...