08 August 2011

BeRsAmA aGaR bAhGia


Alhamdulillah…hari ni dah hari ke-8 berpuasa..
Seronok..!
Semakin hampir untuk pulang ke rumah..!

-----------------------------

 

Ah, manusia beku ini tak selalu bahgia..
Ya,segumpal darah ini sering dihadiahkan kesakitan…
Rakus kesakitan itu membaham hati ini…
Tergamak..!

Entri itu..entri itu gaya penulisan aku..
Ketawa sinis aku melihatnya…
Apa kau tak punya cara sendiri kah..?
Mula nak bertateh agaknya monolog sendirian..
Kesian…

Menghirup milo panas bahgia..
Hamparkan badan di tilam kesenangan..
Menyuap biji nasi kekenyangan..
Berbicara memecah sunyi tersenyum..
Tapi…manusia beku ini tetap kosong..!

sengaja mahu pendam agar tiada yang terluka..
berkali guna perkataan itu jadikan alasan..
bermain bergembira dengan perkataan itu kerna takut hilang bahgia?

pernah kah terfikir manusia sangat aneh?
mereka tak pernah menghargai kewujudan didepan mata..
masih mengejar sesuatu yang belum pasti miliknya..
janji?
sesiapa pandai berjanji..
keanehan tentang manusia adalah diri aku sendiri..
sedar,diri ini terlalu rapuh..
sentiasa terpalit kedukaan..
tapi masih tegar mencari kebahgiaan sendiri..


metafora kesedihan yang tidak difahami manusia sekeliling


aku : ya,dia masih bersama perempuan itu..
kawan : apakah ?
aku : ya,mereka masih bersama
kawan : apa kegilaan kau melebihi fikiran normal? masih bernada tenang?
aku : apa aku mampu lakukan,dia masih berkeras..
kawan : apa kau sudah berpisah?
aku : belum
kawan : kau gila..! apa kau tidak kisah?
aku : aku masih berpegang pada janjinya..kau tahu impian aku bukan?
kawan : tapi dia mungkir janji..
aku : maksud kau?
kawan : mana mungkin bersama dua hati dalam satu masa? apa kan jadi masa itu tiba nanti?
aku : aku cuma mahu dia bahgia..
kawan : walau kau terluka?
aku : aku tetap disisinya..walau apa terjadi..
kawan : dia mungkir janji sebenarnya..
aku : aku tak kisah sebab dia masih ada bersama aku
kawan : sampai bila?
aku : sampai saat itu tiba..
kawan : kau akan tetap menunggu?
aku : ya..!aku akan tetap menunggu..
kawan : kau menyeksa hati kau..
aku : asalkan masa itu tiba..aku sabar..


ironi hati gadis : ia hakikat hidup tak selalunya indah...ia realiti cinta tak semestinya memiliki..



Lelaki,
manusia aneh ini sedar..tahu..
kau manusia yang punya hati..
cuma masih menyakitkan benak hati ini..
mengapa terlalu sukar kau memberi keputusan?
berkali aku sampaikan
tinggalkan aku jika kau tak mampu tinggalkannya...
ada kau fahami hati ini?
terlalu sakit..sakit yang teramat..

Lelaki,
aku menghitung hari..
hari demi hari untuk janji itu terpatri..
aku jalani lohong berliku..
tamatkan lah kesakitan ini lelaki..
bawa lah aku pada fantasi realiti..
jiwa ini mahu tenang..
itu sahaja..TENANG..


~SALAM~





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...