18 May 2011

[m.e.n.u.n.g.g.u]


Seronok tika dada mendabik langit
kerna apa? kerna mendung yang di tunggu..
akhirnya hujan menyembah bumi kontang jua..

dalam dan tika bibir mengukir tanda gembira
hujan bakal menyejukkan fenomena
hati masih terjuih..
ya! kata mudahnya hati ini menunggu...
ku panjatkan syukur akhirnya....
DIA telah hadir..hadir tika aku bergelumang dengan sisa cinta fana..
cinta yang berlandaskan perasaan angkuh dan kebodohan..
berfokuskan hanya mahu memiliki tapi tiada erti cinta sebenar..
lupus kesucian cinta itu..
ah! Ironinya tirai cinta itu aku campakkan sejauh-jauh lautan..

------------------------

Fasa : bibir tersenyum jantung berkencang laju

Gila?
ya,aku rasa bukannya kesilapan mahupun gila untuk aku mengejar
sesuatu yang aku fikirkan terbaik buat aku..
terbaca di ruang majalah Solusi keluaran 29
''kita perlu berusaha untuk jodoh kita''
''perempuan berhak memulakan hubungan''
pantas!aku amati dan fahami 'aku boleh nak ngorat kau!'
sejujur mulut aku berbicara aku senang dengan kau lelaki..
luar biasa aku rasakan...
yang penting hubungan ini suci
tapi terlalu muda usia hubungan ini untuk aku menilai..
tapi..aku puji kau lelaki..
kau tak mudah menerima..
memang kau jahat..
tapi kejahatan kau mengajar aku erti menunggu..
kau tahu betapa sakitnya menunggu??
arh,sejuknya bilik sempit ni..!

Perwatakan dan kawalan kau matang lelaki..
walau sekecil zarah aku amati..kau tidak mahu aku menyesal di hadapan hari..
kau benar-benar mahu aku bahagia bukan?
kerana itulah aku sanggup menunggu...

cermin bayangan sentiasa membuat aku terburu-buru inginkan kau kan?
tapi sebodohnya aku tidak perhalusi mengapa kau masih membekukan hati...
dalam bicara memaksa kau,aku sedar mata ku celik sebetulnya..
tetapi...aku takut...takut akan KEHILANGAN kau...

mahu kau terus wujud di sisi walau kau bukan milikku penghujungnya..

aku : kau mahukan hatiku?
lelaki : aku perlukan masa..
aku : tapi aku selesa..aku bahgia degan kau..
lelaki : masih terlalu awal kau kenali aku..
aku : tapi aku yakin kali ni
lelaki : masih banyak lagi yang perlu kau tahu & kenali..
aku : tapi aku takut..
lelaki : apa kau takutkan?
aku : dalam masa menunggu aku takut hatimu dicuri..
lelaki : ya..kerana itu aku tidak pernah memberi harapan
aku: penyelesaiannya?
lelaki : terpulang..
aku : aku tak punya hak untuk memaksa tapi..aku sanggup kecewa..
lelaki : kenapa?
aku : aku takkan pernah menyesal dan kecewa kerana aku kenali lelaki yang baik.iaitu kau..
bukannya aku kecewa kerana lelaki kejam...
lelaki : aku faham...



jelas aku notakan aku mengharapkan lelaki ini akan menjagai hati ku...yang dahulu hancur musnah
dan berparut kian sembuh kerananya disisi..
tapi aku bukan siapa-siapa yang mampu memaksa hatinya untuk mengisi aku di ruang hatinya...
ya,lelaki aku tetap menunggumu....
menunggu walau kau hadir cuma di mimpi malamku...

ringkas : "aku bahgia dangan kau"


mulut cik aten : -awak jangan cakap dengan semut lagi :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...